Marah Dikritik Isu Hak Asasi Islam Uighurs, Nama Mesut Ozil Dipadam Dari PES Versi China

SHANGHAI – Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dipadam dari versi mudah alih China permainan Pro Evolution Soccer (PES), kata pengedar permainan dari China itu.

Syarikat internet China, NetEase, berkata ia membuang Ozil dari permainan berkenaan disebabkan komen melampau berkaitan China.

Tidak lama selepas itu, NetEase mengumumkan di akaun media sosialnya, bahawa komen Ozil ‘menyakiti hati peminat China dan melanggar semangat cinta dan keamanan sukan’.

“Kami tidak faham, menerima atau memaafkan komen berkenaan,� kata NetEase.

  • “Quran Dibakar, Masjid Ditutup, Ulama Dibunuh.. Namun Umat Islam Semua Berdiam Diriâ€� – Mesut Ozil
  • Media China Berang Bintang Arsenal Mesut Ozil Kritik Layanan Kejam Terhadap Etnik Islam Uighurs

Ozil warga Jerman berketurunan Turki, mengutuk tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim (Uighurs) di wilayah barat Xinjiang menerusi Twitter pada Jumaat lalu malah turut mengkritik negara-negara Islam kerana gagal menyuarakan bantahan.

Sementara itu, kelab Jerman Bundesliga, FC Cologne tidak meneruskan perjanjiannya untuk menjalankan akademi bola sepak di China selepas melakukan penilaian semula dari segi sumber dan keutamaan.

“Kita tidak perlukan China dalam sukan kerana hak asasi manusia tidak dihormati secara terang-terangan di negara itu,� kata pegawai kanan yang juga bekas presiden kelab, Stefan Mueller-Roemer kepada akhbar tempatan Koelner Stadt-Anzeiger.

  • Dewan Perwakilan AS Catat Sejarah Undi Pecat Donald Trump Dari Jawatan Presiden
  • Isteri Ustaz Program Realiti Tertekan, Suami Kerap Bertukar Gambar Berahi Dengan Wanita Lain
  • Dividen ASB 5.50 Seunit Terendah Dalam Sejarah Bukti PH Gagal Urus Ekonomi Negara – Tok Mat
  • Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA
  • Netizen Persoal Kewajaran Letak Foto Menteri Pada Sijil Penghargaan Masuk MRSM
  • Ada VVIP Jumpa, Pujuk Azilah Untuk Kaitkan Najib Dengan Kes Bunuh Altantuya – Peguam

ep2p-2