Samsung Tawar Berkas Ulang-Tahun Ke-10 Galaxy Pada Harga RM5599 – Amanz

Samsung sedia popular dengan keluarga peranti berjenama Galaxy mereka, dimana pelbagai siri ditawarkan dibawahnya yang mempunyai jutaan pengguna seluruh dunia. Terkini, bersempena dengan ulang-tahun ke-10 pengenalan keluarga Galaxy, Samsung secara rasminya menawarkan berkas khusus untuk pengguna yang berminat mendapatkannya.

Samsung Galaxy 10 Tahun

Dinamakan sebagai “10th Galaxy Anniversary Premium Bundle”, berkas berkenaan menawarkan Galaxy Note10+, Galaxy Watch Active 2, Galaxy Buds, dan sejumlah aksesori pada harga RM5599.

Selain penawaran semua peranti Galaxy terbaru berkenaan, Samsung Malaysia juga turut menawarkan “Eco Bundle” yang menyertakan Galaxy Note10+ dan juga Galaxy Watch Active 2 pada harga RM4499.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan peranti Galaxy dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemak promosi terbaru daripada Samsung Malaysia ini bersempena ulang-tahun ke-10 Galaxy. Samsung menawarkan promosi ini sehingga 31 Disember 2019 kelak.

ep2p-5small