Ubuntu 19.10 “Eoan Ermine” Sedia Untuk Dimuat-Turun – Amanz

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular, dan telah ditawarkan secara percuma selama sekitar 15 tahun kebelakangan ini. Terbaru, pembangun disebalik sistem operasi berkenaan telah pun melancarkan versi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 19.10 “Eoan Ermine”.

Ubuntu 19.10

Ubuntu 19.10 hadir dengan kemaskini terbaru pada pelbagai penawaran mereka, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.34, selain turut menyertakan penggunaan sokongan sistem fail ZFS.

Selain daripada itu, pelbagai perisian sumber terbuka seperti Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada versi terbaru. Ia turut kini menggunakan kernel Linux 5.3 yang menawarkan sokongan pelbagai perkakasan terbaru bersama dengannya.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Linux, boleh mengemaskini komputer anda kepada Ubuntu 19.10 hari ini, dan menikmati sejumlah ciri yang disertakan bersama dengannya.

Muat-Turun Ubuntu 19.10

ep2p-5small