Niantic Mula Menyiasat Isu Peranti Xiaomi Disekat Dari Bermain Pokémon Go – Amanz

Beberapa hari yang lepas, lebih 450 peranti pengguna yang menggunakan peranti Xiaomi disekat dari bermain permua realiti terimbuh Pokémon Go. Majoriti peranti ini adalah dari siri Redmi Note 5 dan Redmi 5 dan turut disyaki sekata ini berlaku kerana mod permua Game Booster diaktifkan.

Akhirnya, baru-baru ini Niantic mula memberi maklum balas akan isu ini. Mereka berkata yang siasatan akan mula dilakukan atas sekatan ini. Sekatan pada Pokémon Go hanya akan berlaku jika pemain disyaki menipu ketika bermain. Contohnya, menggunakan permua yang Pokémon Go yang diubah suai, peranti yang diroot untuk menipu lokasi dan sebagainya. Tetapi majoriti pengguna Xiaomi yang disekat sehingga sebulan ini dilaporkan tidak menipu dan turut disekat.

Apa-apa pun, pemain yang disekat perlu nantikan sahaja siasatan yang Niantic lakukan dan sama-sama bersabar.

ep2p-5small