My Kuali: Mee hoon goreng sedap

Asalamualaikum dan salam selasa…

bila dirumah ada tetamu, maka breakfast pun tidaklah asik toast n nescafe o kosong jer la kan… dan pepagi hari kak rose merajinkan diri buat mee hoon goreng sedap ni untuk derang yang biasa breakfast dengan makanan berat… ada buat nasik lemak dan lain hari pulak nasi goreng, mee goreng… dan kak rose pun tumpang sekaki lah dengan heavy breakfast ni. dan yang paling bestnya tak kan nak tinggalkan tetamu g berlenggang mak limah pulak kan… so it has been two weeks kak rose tak berbriskwalk lah… harap tak lah sampai lupa jalan nak g kepadang tu kan… hihi

jom layan resepi mee hoon goreng sedap ni, terima kasih tuan punya resepi asal ya.

Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar – dihiris

1 mangkuk sotong atau udang (kak rose tambahkan dengan dengan fillet ayam)
1 mangkuk karot – hiris memanjang
1 mangkuk kubis

3 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen

Garam, gula dan serbuk perasa jika suka

Minyak masak
Fish cake dan sawi hijau – yg ni kak rose tambah

Bahan Tumbuk:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis – direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)

Bahan Hiasan: bawang goreng daun sup cili merah dan telur dadar

Cara cara:

Panaskan
minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang
akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan
bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar
dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak
dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah
terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake dan udang, biar mendidih dan ayam masak.

Kemudian
masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon
belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. 

ep2p-2