My Kuali: Daging goreng kunyit

Asalamualaikum dan selamat datang oktober..

daging goreng kunyit tak termakan. rasanya lama sungguh tak masak daging… stok ada banyak tapi bila tak de tukang makan situkang masak pun lagi lah tak rajin nak memasaknya… dan kali ni en asben kata nak makan nasi, so merajinkan diri untuk masak daging goreng kunyit ni bersama sayur campur goreng. tapi bila balik petang tu katanya dah lunch kat office, so malam tu memang tidaklah dia nak makan nasik lagi… so sudahnya daging goreng kunyit ni bertapa dalam fridge lah jawapnya.. meh la kak rose kongsikan resepi daging ni..

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

ep2p-2