Google Akan Melancarkan Aplikasi Personal Safety Yang Mengesan Kemalangan Kereta – Amanz

Antara igauan kami apabila memandu kereta ialah terlibat di dalam kemalangan dan ahli keluarga tidak dapat dihubungi kerana peranti telah dikunci. Sudah terdapat banyak kes individu yang ditemui mati selepas beberapa hari terjatuh ke dalam gaung. Google nampaknya mempunyai penyelesaian kepada masalah ini dengan aplikasi Personal Safety untuk peranti Pixel.

Aplikasi ini ditemui oleh laman XDA Developers selepas menggunakan Beta terkini Android 10. Menerusi Personal Safety, aplikasi akan mengesan pelanggaran dan kemudian bertanya sama ada pengguna terlibat dalam kemalangan. Sekiranya ini berlaku, ia boleh melakukan panggilan ke nombor kecemasan, berkongsi lokasi GPS yang tepat dan menghubungi ahli keluarga terdekat yang dipilih sendiri oleh pengguna.

Buat masa ini aplikasi ini nampaknya hanya akan ditawarkan pada pengguna peranti Pixel di Amerika Syarikat sahaja. Dengan Android memegang pasaran terbesar sistem operasi mudah alih, kami berharap Personal Safety akan turut diberikan kepada semua pengguna.

ep2p-2