Empat Aplikasi Tidak Boleh Menggunakan Mod 90Hz Pada Pixel 4 – Amanz

Antara ciri menarik Google Pixel 4 ialah skrin yang menyokong kadar sedar semuka 90Hz. Hasilnya ialah peranti yang terasa lebih responsif kerana tatalan kelihatan lebih lancar. Tetapi nampaknya ciri ini tidak boleh digunakan pada empat aplikasi popular Anrdroid,

Menurut laporan 9to5Google, mereka menemui senarai empat aplikasi dimana mod 90Hz tidak boleh digunakan. Aplikasi tersebut adalah Google Map, Waze, Pokemon Go dan WeChat. Aplikasi-aplikasi ini dihadkan penggunaan pada kadar segar semula 60Hz.

Dalam kes Pokemon Go, Niantic menghadkan aplikasi ke kadar segar semula 30Hz bagi memastikan kelancaran permua. Pengguna OnePlus 7 melaporkan masalah sukar melontar Pokeball dengan tepat apabila skrin di dalam mod 90Hz. Aplikasi Google Maps dan Waze pula dihadkan mungkin bagi mengurangkan penggunaan bateri. Akhir sekali WeChat dihadkan kerana aplikasi tidak stabil dalam mod 90Hz.

ep2p-2