Bimbang, Cukai dan Kesal, Perkataan Popular Dikalangan Kaum Cina Tahun Ini – Hua Zong – SUARA TV

SERDANG – Aktiviti pemilihan perkataan Cina tahunan Malaysia untuk 2019 telah menunjukkan emosi negatif rakyat, khususnya keturunan Cina, mengenai pelbagai isu yang berlaku sepanjang tahun ini.

10 perkataan Cina yang menerima paling banyak undi dalam aktiviti tersebut ialah bimbang, cukai, bosan (atau tidak suka), jerebu, terbelenggu, kesal, Jawi, porak-peronda, penipuan dan juga kuda (berbunyi Ma, yang juga perkataan awalan untuk Malaysia dan Mahathir).

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, 10 perkataan paling popular yang dipilih itu melambangkan masalah yang membelenggu negara.

“Saban tahun, perkataan yang terpilih itu adalah jenis yang negatif yang cenderung menunjukkan rakyat mahu melepaskan kemarahan.

“Ia melambangkan isi hati mereka yang melakukan pengundian perkataan tahunan. Ia juga menunjukkan masalah yang dihadapi negara dan rakyat mahu mengatasi masalah ini,” katanya seperti dipetik China Press.

Beliau berharap rakyat Malaysia boleh pulih daripada emosi negatif tersebut dengan mengundi perkataan yang lebih positif seperti “seronok” dan “gembira” pada tahun depan.

Katanya, kebanyakan orang yang mengundi adalah berumur 40 tahun ke bawah, menunjukkan orang muda mengambil berat akan isu-isu semasa.

Tambahnya, Hua Zong mahu menganjurkan program-program rentas budaya supaya kaum lain boleh memahami budaya Cina.

Lain-lain berita;

ep2p-5small