[VIDEO] Beraksi panas, Zarina Anjoulie akui tewas – bazookapenaka

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah mengakui dirinya tewas dan memohon maaf.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram wanita yang mesra disapa dengan nama Anju itu, dia memuat naik sekeping foto dirinya yang sudah tidak lagi bertudung.

“Aku tewas, maafkan aku. Aku terima kecaman dengan minda yang terbuka,” tulisnya ringkas menerusi entri terbaharu di Instagram.

Biarpun kata-kata yang ditulis oleh Anju itu tidak diperincikan sebabnya, rata-rata peminat pelakon itu mengaitkan ia dengan tindakan Anju yang membuka tudung dan kembali ‘free hair’.

Meneliti ruangan komen pada entri terbabit, kebanyakan pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan berani mati pelakon Anak Pontianak itu.

“Kenapa Anju? Penampilan ini masih okey bagi saya tetapi apabila saya melihat video dalam dres seperti itu, saya tiba-tiba teringatkan anak lelaki kamu,” tulis salah seorang pengguna.

Kelmarin Anju mengejutkan ramai apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang.



Malah, Anju tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payudaranya.

Pada malam yang sama juga, Anju turut memuat naik video mengecam semula golongan netizen yang mempertikaikan tindakannya membuka hijab.




Video dan foto-foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak semalam hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak tentang tindakannya seolah-olah mempermainkan agama.

Sejak penularan video terbabit juga Anju kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.

Terbaharu, Anju turut menghadiahkan sejumlah token kepada pengusaha Grab dan ibu tunggal.

(Visited 178 times, 186 visits today)

Comments

comments

ep2p-2