Umat Islam miskin kerana malas berusaha untuk berjaya

Umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Selain itu, umat Islam juga disarankan agar mengikis sikap yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain.

Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media ketika lawatan beliau ke Phnom Penh semalam.

“Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat orang Islam dibelenggu kemiskinan dan berharap kepada pertolongan orang lain. Kenapa? Kerana mereka tidak berusaha.

“Kita tahu apabila kita berniaga dan memililiki pekerjaan, kita tidak perlu bergantung kepada bantuan orang lain.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya… kita memiliki kepandaian dan kemahiran, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Itulah kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam,” katanya di majlis pertemuan bersama komuniti Islam Kemboja.

Pada majlis yang sama, Dr Mahathir turut dianugerahkan Tokoh Kepemimpinan Islam oleh komuniti Islam Kemboja, bagi mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam membantu masyarakat itu.

ep2p-5small