KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kurang dua hari menjelang pertembungan menentang Malaysia, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menyuarakan keresahan apabila tidak sampai 40,000 tiket terjual sedangkan Stadium Bung Karno di Jakarta mampu menampung sehingga 80,000 penonton.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengalakkan penyokong memenuhkan stadium, termasuk memberi diskaun 20 peratus untuk 3,000 tiket yang dibeli menerusi aplikasi Garuda Sport bermula 31 Ogos hingga 1 September lalu, namun masih gagal meningkatkan jualan tiket.



“Sehingga semalam, tidak sampai 40,000 tiket terjual. Hari ini saya belum tahu lagi.

“Saya juga belum mendapat maklumat daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) berapa penyokong Malaysia yang akan hadir,” kata Penolong Setiausaha PSSI, Marsal Masita kepada CNN Indonesia semalam.



Penyokong Indonesia sebelum ini menyifatkan harga tiket 125,000 (RM38) bagi tempat duduk terbuka dan 1 juta rupiah (RM297) untuk grandstand sangat mahal berban­ding aksi antarabangsa lain.

PSSI mengenakan harga RM112.75 untuk tiket penyokong Malaysia. – UTUSAN

(Visited 94 times, 95 visits today)

Comments

comments