Shahrel Fikri bukti kehebatan – bazookapenaka

Shahrel bukti kehebatanPenyerang kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, lega apabila membuktikan kemampuannya dengan menyumbang dua gol dalam kemenangan 3-1 Perak ke atas Pahang dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Perak semalam.

Menurut pemain itu, dia bertekad untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukannya selepas diberi peluang oleh Mehmet Durakovic untuk beraksi.

“Saya bertekad untuk membuktikan kemampuan selepas lama disimpan oleh jurulatih pasukan negeri dan kebangsaan.



“Saya tidak berkecil hati atau iri apabila hanya menjadi pemain simpanan setakat ini dan apabila diberikan peluang, saya memang mahu membuktikan kemampuan saya,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, Shahrel menjaring gol pada minit ke-44 dan 47 untuk membantu skuad The Bos Gaurus itu merakam kemenangan kedua dalam kempen Kumpulan C, Piala Malaysia.



Kedua-dua gol melalui tandukannya itu dibantu oleh Nazirul Naim Che Hashim dan Norhakim Hassan.

Kemenangan itu, sekaligus mencerahkan peluang juara bertahan itu untuk melayakkan diri ke suku akhir selepas mengutip lapan mata.

Bagaimanapun, Perak masih mempunyai satu perlawanan, iaitu menentang Sabah di Stadium Likas, Rabu ini.

The Bos Gaurus hanya perlu mengutip satu mata lagi bagi mengesahkan kemaraan ke suku akhir trofi berprestij itu.

(Visited 35 times, 43 visits today)

Comments

comments

ep2p-2