OnePlus 7T Adalah Peranti Pertama Dilancarkan Dengan Android 10 – Amanz

Biasanya sistem operasi terkini Android akan dilancarkan pada peranti Nexus dan Pixel keluaran Google. Tetapi tahun lalu sedikit mengejutkan Xperia XZ3 ialah yang pertama menggunakan Android Pie. Tahun ini perkara yang sama berlaku dengan OnePlus 7T menjadi peranti pertama dilancarkan dengan Android 10.

OnePlus 7T akan dilancarkan esok di India dan hadir lebih awal berbanding Pixel 4 dan Pixel 4 XL yang hanya akan diumumkan secara rasmi pada 15 Oktober. Ia kelak akan menggunakan skrin 90Hz, pemproses Snapdragon 855+ dan sistem kamera yang disusun di dalam bonjol berbentuk bulat.

ep2p-2