My Kuali: Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua.. pagi ni kak rose nak kongsikan tazkirah yang lalu kat wall fb tentang amalan yang baik yang boleh kita praktikkan untuk kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam segala bentuk, Insya Allah..

5 amalan untuk murah rezeki..

1. Banyakkan istighfar
– Istighfar yakni memohon keampunan daripada Allah daripada dosa-dosa.
Banyak juga fadhilat dari beristighfar ini. Jadi, bila hati sentiasa
bersih kerana selalu memohon keampunan dari Allah, insyaAllah hajat kita
mudah untuk Allah tunaikan😊

2. Amalkan Solat Sunat Dhuha
– Solat dhuha bermanfaat untuk membuka pintu rezeki, namun haruslah
seiring dengan usaha agar kita dipermudahkan urusan dan mudah mencapai
kejayaan😊

3. Selalu membaca Al-quran
– terlalu banyak syafaat bagi orang² yang selalu membaca Al-quran,
ianya dapat membersihkan jiwa kita dan membuat kita sentiasa dekta
dengan Allah😊

4. Amalkan solat tahajud
– Solat tahajud dapat dilakukan pada sepertiga malam.Pada waktu ini,
langit terbuka luas untuk kita berdoa pada Allah. Allah swt sangat suka
bagi hamba-hambanya yang sentiasa bangun malam untuk beribadah
kepadaNYA😊

5. Elakkan berhutang
– Berhutang adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.Oleh itu,
sebolehnya elakkan lah berhutang, dan jika ada hutang, cepat-cepat kita
selesaikan kerana ianya dapat memberi kesusahan juga kepada orang lain.
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata,
bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat dan itulah yang paling kita
takutkan jika kita berhutang dan tidak diampunkan oleh Allah SWT.
.
Alhamdulillah, semoga segala ilmu dapat kita kongsikan dan bersama sama mendapat menafaatnya.

ep2p-2