My Kuali: Peria goreng rangup

Asalamaulaikum dan salam selasa..

 baru pertama kali buat dan nak rasa makan peria goreng rangup ni… selalunya kalau kat rumah ni en asben yang paling suka makan peria goreng dengan udang, tapi sekarang ni tukang masak dah tak berapa rajin nak masak… lagi pun tukang makan tak ada, lagi lah kemalasan tu bermaharajela kan.. tapi bila kawan asik tayang jer peria goreng rangup yang dia jual tu, terasa pulak nak buat sendiri… instead of guna peria katak, kak rose beli peria yang besar tu… belah dua dan sagat jer supaya dapat ketebalan yang sekata.. sedap sangat, mengunyah tak boleh berenti pulak!

 yang ni dah lepas basuh dan toskan sebelum digaul dengan tepung bistari … meh ler kak rose nak kongsikan yang kak rose dapat dari perkongsian di facebook.. teriam kasih ya tuan resepi asal tu..

Peria secukupnya…

Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.

Cara:

1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepun dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.

ep2p-5small