Mamat Exists ditahan polis di Johor Bahru – bazookapenaka

Image result for Mamat ExistsVOKALIS Exists, Mamat yang bakal mengadakan konsert reunion bersama anggota asal kumpulan itu pada 28 September ini ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor Ahad malam.

Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Difahamkan, Mamat dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.

Mamat dan rakannya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka juga mendapati kedua-dua suspek positif


Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assistant Kommissioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan penahanan Mamat.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin mencipta fenomena ketika muncul bersama Exists pada awal 1990.

Bersama Exists, Mamat sangat masyhur dengan lagu-lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan.


Penyanyi ini merupakan antara segelintir artis yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah dan sudah beberapa kali ditahan pihak berkuasa.

Dia juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro dan mendapat tempat kedua.

Sementara itu, jurucakap Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion pula memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dalam waktu terdekat.

(Visited 365 times, 371 visits today)

Comments

comments

ep2p-2