Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM2099 – Amanz


RM2099 RM2299 -9%

Lenovo Z6 Pro merupakan salah satu telefon pintar terbaru yang telah ditawarkan pihak Motorola di Malaysia sejak beberapa bulan lepas. Ketika memasuki pasaran tempatan, ia ditawarkan pada harga RM2299, dan kini pihak Motorola Malaysia menawarkan diskaun sebanyak RM200 untuk peranti berkenaan.

Lenovo Z6 Pro hadir dengan skrin 6.39-inci, menggunakan cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel, selain kamera hadapan 32-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Lenovo Z6 Pro di Lazada hari ini.

ep2p-5small