Google Play Store Akan Mula Memainkan Video Secara Automatik – Amanz

Google Play Store merupakan kedai aplikasi Google yang hadir bersama-sama pelbagai telefon pintar Android di pasaran hari ini. Ia sedia menyenaraikan pelbagai aplikasi – dimana masing-masing penyenaraian hadir dengan penyertaan gambar, dan ada yang turut hadir dengan video.

Melalui video berkenaan, ia memberikan promosi ringkas dan memperlihatkan apakah yang dibawakan bersama oleh aplikasi yang bakal dimuat-turun tersebut.

Terkini, ia dilihat Google akan membuat sedikit perubahan, dan mula memainkan video penyenaraian berkenaan secara automatik apabila anda melayari halaman aplikasi berkenaan.

Selari dengannya, Google meminta para pembangun untuk nyah-aktifkan paparan iklan pada video berkenaan – untuk mengelak pengguna yang ingin muat-turun terkeliru dengan paparan iklan pada video promosi aplikasi tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Google akan memberikan pilihan untuk mematikan sokongan memainkan video secara automatik ini atau sebaliknya.

ep2p-2