Tun Mahathir nafi hilang sokongan dalam Pakatan Harapan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau bersendirian menghadapi konflik dan krisis dalaman gabungan parti kerajaan tersebut.

Menurut beliau, komponen parti itu juga berjaya dalam membuat ketetapan termasuk perkara-perkara yang kritikal.

“Anda boleh lihat saya sama ada jalan bersendiri atau tidak. Saya jalan ke mana-mana. ada orang bersalam dan menunjukkan sokongan mereka.

“Termasuk juga dalam parti. Kalau dilihat pada Kabinet, kita bersama membuat keputusan termasuk isu-isu kritikal,” katanya menerusi portal Awani.

Selain mendakwa Dr Mahathir bersendirian, media semalam melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad turut mendakwa PH semakin menuju perpecahan selepas wujud rasa tidak percaya yang ketara dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu.

Laporan itu menyebut, lebih memburukkan keadaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa menolak kepimpinan Dr Mahathir dengan menyusun strategi yang kini aktif dilaksanakan.

ep2p-5small