Status penduduk tetap Dr Zakir Naik mungkin ditarik balik

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan kini sedang menunggu keputusan siasatan oleh pihak polis sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap pendakwah, Dr Zakir Naik.

Beliau turut menjelaskan, antara keputusan yang mendepani pendakwah itu termasuk menarik semula status penduduk tetap (PR) yang diberikan.

“Dia (Zakir Naik) mempunyai status penduduk tetap. Kita boleh menarik semula status tersebut sekiranya beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini.

“Buat masa ini, polis masih lagi menyiasat perkara ini. Jika benar dia melakukannya, pastinya kita akan menarik balik status penduduk tetap yang dimilikinya,” ujarnya dalam satu sidang media.

Sebelum ini, Zakir antara lain didakwa mahu membentuk jurang antara kaum dan agama di Malaysia bagi mendapatkan sokongan komuniti Muslim di Malaysia serta membolehkan beliau tinggal di Malaysia.

Malah, Zakir didakwa mempunyai motif untuk memecah belah populasi dan keharmonian rakyat Malaysia menerusi ucapan yang disampaikannya.

ep2p-2