Spotify Sedang Membangunkan Fungsi Stories Untuk Senarai Main – Amanz

Fungsi Stories dipopularkan oleh Snapchat bagi membolehkan kandungan pendek dikongsi untuk waktu yang terhad. Ia kemudian dipinjam oleh Instagram sebelum turut diperkenalkan pada WhatsApp, Facebook, Line dan YouTube. Kini fungsi Stories mungkin akan diperkenalkan pula pada senarai main Spotify.

Fungsi ini ditemui oleh @wongmjane ketika menganalisa binaan terkini aplikasi Spotify untuk Android. Senarai main yang tidak diterbitkan kan ini memaparkan kandungan yang dimuat naik oleh Sigrid, seorang penyanyi dari Norway. Fungsi Stories ini hanya diberikan kepada artis untuk berinteraksi dengan pendengar yang mengikut senarai main (Playlist) yang dihasilkan oleh mereka. Artis boleh meletakkan Stories di antara muzik yang distrim pendengar.

Ini bukan eksperimen pertama fungsi seakan Stories diperkenalkan oleh Spotify. Pada Mei lalu mereka memperkenalkan Storyline, yang membolehkan artis meletakkan sendiri fakta mengenai lagu menggunakan format seakan Stories tetapi dipaparkan pada fungsi Behind The Music oleh Genius.

ep2p-5small