Sony Xperia 1 Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM4299 – Hanya Akan Mula Dijual Oktober – Amanz

Berdasarkan ruangan komen, masih terdapat ramai peminat peranti Sony di Malaysia walaupun negara kita bukan lagi menjadi pasaran sasaran mereka. Bagi mereka yang menantikan Sony Xperia 1 sejak Februari lalu, peranti boleh dipra-tempah pada harga RM4299 bermula esok 25 Ogos sehingga 6 Oktober dengan jualan bermula 8 Oktober. Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima kerangka lutsinar, pelindung skrin dan fon telinga nirwayar Sony WH-1000XM3 secara percuma.

Xperia 1 hadir denganskrin 6.5-inci dengan panel 4K OLED. Ini sekaligus menawarkan paparan yang sangat terang dan turut menyokong paparan HDR. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri berkapasiti 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, Sony Xperia 1 menyertakan tri-kamera belakang yang mana menggunakan lensa sudut-lebar 12MP, lensa telefoto 12MP, dan sudut ultra-lebar 12MP. Sony turut menyertakan sokongan enjin Bionz X dalam rakaman yang lebih cantik padanya. Sony turut menyertakan beberapa sokongan mod rakaman video, termasuk “Cinema Pro” untuk rakaman video sinematik pada nisbah 21:9.

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan audio berkualiti-tinggi dan speaker stereo. Sony Xperia 1 turut menyertakan sokongan Side Sense yang membolehkan pengguna tap pada sisi peranti bagi mengakses sesuatu aplikasi dengan mudah. Xperia 1 juga turut menyertakan kembali sokongan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

ep2p-2