“Saya tak tahu dan tak nampak tempat untuk Najib..”

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa perubahan tempat duduk untuk Datuk Seri Najib Razak dilakukan oleh pihak kerajaan PH.

“Itu istana punya, kerja bukan saya,” kata Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai isu berkenaan yang tular didalam media sosial ketika majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu.

Dr Mahathir berkata, tempat duduk Najib sudah ditetapkan oleh pihak Istana Negara.

“Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun, itu lah tempat dia kot,” katanya menerusi portal Metro.

Sebelum ini, Najib menerusi laman Facebooknya mendakwa tempat duduk beliau ditukar di saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis pertabalan itu kerana tidak mempunyai pakaian istiadat sesuai.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada hari ini menegaskan, tempat duduk di Balairung Seri Istana Negara itu sudah ditetapkan dan tiada sebarang perubahan dilakukan di saat akhir.

ep2p-5small