My Kuali: Apam balik

Fuh! fuh! tiup habuk dulu…

Asalamualaikum dan salam selasa buat semua… bersawang dan berhabuk dah dapo maya kak rose ni… kemalasan tahab gaban untuk nak mengupdateΒ  bolg sudah bertepek dengan kuat… tiup2 pun tak mo nak hilang… tapi hari ini, lepas vacum dan sapu sawang semua, meh lah kita balik kepangkal jalan… sayang jugak kalau terbiar je dapo maya ni… sekian lama cuba untuk sentiasa ada entry baru untuk menghidupkannya… walaupun hidup nyawa2 ikan, moh ler tiupkan vitamin r supaya dapo maya ini tidak akan hilang begitu saja…

Β 

dan kisah sedih nak buat apam balik ni… dah siap bancuh batter dan ready nak bakar baru lah bukak tin jagung tu… ku sangkakan cream style sweet corn, tapi rupanya yang dalam gambar tu ler..😒😒.. so sudahnya apam balik ni tak de jagung manis dalam tu… rasa sangat tak ngam bila kurang bahan topping tu…

jom tengok resepi apam balik yang hangus yang tak cukup bahan tabur ni… bila lama tak buat, ni la jadinya. hangus pun nak jugak tepek kat sini…

bahan2 nya

  • 2 cawan tepung gandum
  • Β½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1Β½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah butter dan tabur sedikit gula je dalam tu.)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

ep2p-5small