Malaysia catat kemenangan ke atas Australia – bazookapenaka

Pasukan Malaysia bawah 15 tahun (B-15) berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Australia dalam saingan ketiga peringkat Kumpulan B dalam Kejohanan AFF B-15, petang tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Chonburi itu, Malaysia mendahului seawal minit ke-4 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan dengan cemerlang oleh Muhammad Daniel Edzuan menewaskan penjaga gol Australia, James Nieuwenhuizen.

Permainan jelas didominasi oleh anak buah P. Maniam dengan corak permainan membina serangan dari bawah serta menguasai bahagian sayap kiri menerusi pemain berjersi nombor 11 iaitu Muhammad Izrin Ibrahim.

Minit ke-27, berpunca daripada serangan bertali arus daripada bahagian sayap kiri, satu hantaran lintang rendah ke dalam kotak penalti berjaya dirembat masuk oleh Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-0 dengan selesa pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan Australia yang dibimbing oleh Trevor Morgan cuba meningkatkan asakan untuk mengejar kedudukan Malaysia namun ketumpulan bahagian serangan mereka menjadi batu penghalang disamping kekentalan pertahan Malaysia menyukarkan Australia berbuat demikian.



ImageManakala, pasukan Malaysia di babak kedua banyak bermain secara ‘counter attack’ dengan memberikan lebih tumpuan di sayap kanan. Usaha mereka membuahkan hasil apabila gerakan menarik Muhammad Nabil Qayyum masuk ke dalam kotak penalti berjaya menolak bola kepada Muhammad Izrin Ibrahim untuk mencetak gol ketiga buat Malaysia pada minit ke-70.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga pengadil perlawanan, Steve Supresencia dari Filipinan meniupkan wisel menandakan tamat perlawanan. Kemenangan ini juga memberikan anak buah P. Maniam melebarkan rekod kemenangan kepada 3 perlawanan dan terus mengungguli saingan Kumpulan B dengan 9 mata. – foxsport


(Visited 4 times, 133 visits today)

Comments

comments

ep2p-5small