Lelaki ‘gatal tangan’ ditahan, Akui terpengaruh dengan cerita CSI – bazookapenaka

Pengguna Twitter yang ditahan polis.POLIS tahan seorang lelaki yang memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol oleh Orang Asli, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 7 malam.

“Lelaki itu sudah ditahan dan kes diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.



Semalam, Mohamad ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan memaklumkan polis menerima laporan mengenai suspek dan pihaknya segera mengesan lelaki terbabit.

Sebelum itu, tular di media sosial satu ciapan di Twitter oleh lelaki menggunakan nama Zikri Armstrong mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemui mati selepas 10 hari itu dirogol Orang Asli.

Lelaki itu mendakwa polis tidak dapat mengesan pelakunya kerana pemubunuhnya tidak mempunyai kad pengenalan dan tiada data peribadinya.

Terdahulu Zikri Armstrong dalam permohonan maafnya berkata tweet yang dibuatnya sebelum ini dilakukan kerana terlalu mengikut perasaan selepas mengikuti kes itu daripada media.

Katanya, secara peribadi dia sendiri sedih dan bersimpati dengan nasib yang berlaku ke atas Nora dan keluarganya.



Dalam permohonan maafnya yang kini tersebar di media sosial itu, dia turut menyatakan bahawa dirinya tidak pernah memandang serong terhadap Orang Asli malah menghormati mereka seperti orang lain.

Dia juga sedar bahawa tweet tersebut mampu merosakkan imej mereka yang tidak bersalah dan menyesal dengan apa yang telah ditulis olehnya sebelum ini.

‘Menjelaskan’ tweet yang dibuatnya itu, dia berkata ia ditulis kerana terjebak dengan filem seperti CSI malah gemar membuat andaian tidak matang.

Selepas mengakui teruk dikecam netizen akibat daripada tweetnya, dia memutuskan untuk berehat daripada semua media sosial dan ‘muhasabah diri’ atas kesilapan yang dilakukannya itu.

(Visited 50 times, 52 visits today)

Comments

comments

ep2p-5small