Boikot Produk Bukan Islam Tindakan Orang Cetek Fikiran – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tindakan memboikot produk bukan Islam adalah tindakan mereka yang cetek fikiran, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu, gerakan seperti itu tidak akan mendatangkan kesan yang besar, malahan ia akan mengundang api kemarahan sahaja.

“Mungkin ada yang cetek fikiran, dia buat benda yang semacam tu tak berkesan, buat apa? Boikot ini satu senjata yang tak berkesan, cuma akan timbulkan kemarahan sahaja.

“Jadi jangan boikot barang sesiapa pun,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam, di samping menggesa masyarakat Melayu Islam untuk memboikot barang buatan bukan Islam. – Awani

Lain-lain berita menarik;

Hanya Dapat Sikit Manfaat Bantu Kawan Miliki Tanah Balak 1,000 Hektar – Mukhriz

Rozana dan Marina Mahathir Kecewa Gagal Cabar Fatwa Isytihar SIS Sesat

Tinjauan IDE Milik Selangor Dakwa 75% Tak Mahu Dr Mahathir Kekal PM

Hapus Tulisan Jawi Produk Bukan Islam, Guna Sijil Halal Tulisan Mandarin, Tamil – PPIM

Tiada Menteri Nak Letak Jawatan Untuk Beri Kepada Anwar – Dr Mahathir

Ahli PPBM Kata PH Akan Kalah PRU15 Akan Dikenakan Tindakan Disiplin – Mahathir

ep2p-5small