Polis tahan guru didakwa tendang perut koperal baru bersalin – bazookapenaka

PASIR MAS: Seorang guru ditahan berikutan membuat kecoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, semalam, selain didakwa mengasari termasuk menendang perut seorang koperal berusia 33 tahun yang baru lima bulan bersalin.

Malah, suspek dikatakan turut mencekik leher dan menarik tudung anggota itu sehingga menyebabkan mangsa trauma dan sakit di perut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, berkata terdahulu guru wanita berusia 41 tahun itu hadir di kaunter trafik kira-kira jam 3.30 petang dan mendakwa anaknya yang terbabit kemalangan dimarahi anggota polis.

“Guru terbabit terus mengamuk dan menarik tudung mangsa sehingga terpaksa dileraikan beberapa anggota polis lain, sebelum wanita itu keluar.



“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lenguh di leher dan sakit di perut kerana baru melahirkan anak, lima bulan lalu, serta terpaksa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, guru berkenaan ditahan jam 9 malam tadi untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11 malam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang berurusan di kaunter awam dinasihatkan supaya mengikut peraturan ditetapkan dan tidak bertindak di luar kawalan,” katanya.


Comments

comments

ep2p-5small