NVIDIA GeForce RTX 2080 Super Dilancarkan – Kad Grafik Siri NVIDIA GeForce RTX Super Terbaru – Amanz

Beberapa minggu yang lalu, NVIDIA telah melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super yang terdiri daripada NVIDIA GeForce RTX 2060 Super dan GeForce RTX 2070 Super.

Kedua-dua kad grafik ini hadir dengan beberapa kemaskini yang menambahkan prestasi kedua-dua kad grafik tersebut secara mendadak berbanding dengan kad grafik keluaran sebelumnya. RTX 2060 Super menerima kemaskini dari segi memori, manakala RTX 2070 Super menggunakan cip pemprosesan grafik TU104 yang digunakan didalam kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080.

Terkini, NVIDIA akhirnya melancarkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super, yang dikatakan akan menggantikan kad grafik GeForce RTX 2080 yang dilancarkan sebelum ini.

Perbezaan dari segi spesifikasi dalaman kad grafik ini ialah ia menggunakan semua teras-teras CUDA sedia ada, sebanyak 3072 teras, kelajuan GPU Boost selaju 1815MHz, dan menggunakan memori GDDR6 dengan kelajuan 15.5Gbps sebanyak 8GB.

Kad grafik ini sudahpun mula dijual di pasaran global pada harga $699 (~RM2800), tetapi untuk pasaran tempatan, kami pasti tanda harganya akan hadir pada nilai yang jauh lebih tinggi.

ep2p-5small