My Kuali: Snacking time lagi…

Snacking time a ka tea time a ka dinner kak rose…

 memalam emang jarang makan yang berat2… so cam ni pun boleh kenyang dah.. sweet n chocolatey!

 

 ni karipap oksigen namanya… bila beli memang payah nak dapat yang menepati citarasa.. apa lagi banyak angin jer isi dalam tu.. apa pun mudah kerja tukang masak, cuma nak goreng jer kan… jangan banyak complaint pulak lah!

 ni pun lemang beli, tapi macam kukus jer rupanya. batang buluh tu tak de sedikit pun kesan bakar dan lemang pun sangat sticky, tak de rasa lemak santan pun. rendang ayamnya pulak tersangat lah pedasnya… memang no no lah kak rose nak makan.

 goreng pisang tanduk yang best… sebakul pun boleh habis untuk kami berdua…

 

 tuna panini ni memang pebret lah… sedap lah kat tekak kami.

 

 ha… yang ni home made karipap… montok2 dan gumuks2. baru puas makan kan..

 goreng pisang lagi… pisang hybrid yang besar gedabak beli kat kebun komuniti… manis dan tak lembik bila dah goreng.

 goreng keladi pulak… potong kecik2, rebus sekejap baru lah goreng… style arwah emak bila nak goreng keladi… Al-Fatihah buat emak. dan yang paling best, ciciah sambal kicap tuh!

store bought samosa kentang… beli kat Az-Zain Mart… kedai peneraju product halal. so beli dan makan tanpa was was gitu!

another store bought, karipap inti kentang dan daging .. juga dari Az-Zain.

ep2p-5small