My Kuali: Mee udang sedap

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari

semuga kita semua dalam lindungan dan RahmatNya….

 mee udang yang telah berkali2 kak rose buat, dan menggunakan resepi yang sama ni memang tak pernah menjemukan buat keluarga kecil kami..dan yang bestnya mee udang ni menggunakan spaghetti sebagai bahan asasnya… pernah cuba untuk guna mee kuning, tapi rasa memang berbeza dan spaghetti jugak yang jadi pilihan kami… berkali2 buat pun tak jemu dan yang bestnya bila buat sendiri ni, boleh makan berulang… kak rose la tu kan..😜

meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi… mekasih tuan punya resepi, Ros yang bermastautin nun jauh di Osaka Jepun…

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose letak sawi)
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya (pun tak de)
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah… kira malas la dah tu!)

3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan.  

ep2p-5small