My Kuali: Lontong, my pebret

Asalamualaikum dan salam isnin yang ceria…

 Alhamdulillah, dapat juga nak mengupdate dapo maya kak rose yang dah beberapa hari terbiar tanpa ada entry baru…sebenarnya a bit bz dengan keluarga dan kawan2 kat sini… hari selasa tu pulak dapat khabar yang mak cik kak rose kat kampung sakit dan warded… so pagi khamis kak rose balik kampung naik bas sebab en asben kerja dan tak dapat balik sama.. kak rose terus jer ke hospital dimana makcik warded dan seterusnya bermalam disepital… menggantikan another mak cik yang jaga kat sepital tu… kak rose bergilir dengan adik menjaga makcik yang admitted tu hinggalah discharge pada hari sabtu nya..Alhamdulillah.. semuga mak yah terus diberikan kesihatan yang baik. Aamiin.

 jadi dapo maya pun terbiarlah.. dan lontong ni kak rose masak sebelum balik kampung tu..kak rose suka makan lontong dengan kuah lodeh dan sambal tumis jer, dan ada rendang daging leftover tu kak rose panaskan dan dapatlah menikmatinya bersama2 lontong pebret ni… nasik impit tu kak rose rebus guna periuk noxxa, dah ikut cara2 yang dibagi, tapi entah dimana silapnya tak jadi gemuk montok2 lak..😥masa ni lah dia x mau menjadi.. huhu. pernah rebus dan cantik jer kejadiannya.

satu kuali kuah lodeh kak rose buat… lepas makan dengan nasi impit, kak rose suka meratah jer sayur2 dalam kuah tu..memang pebret sungguh lah dengan lontong cam ni. masak banyak2 dan boleh lah makan berulang2.. seharian makan ni jer pun tak per buat kak rose… but not en asben… sekali jer dia makan dan tak nak dah… jadilah kak rose tukang perabis, dan pas tu gaduh bila naik ke weighing scale. masa makan tak mau ingat, tak guna lah nak gaduh2 dengan diri sendiri kan…😜😜

ep2p-2