My Kuali: Jejak kasih raya..

Asalamualaikum dan salam hujung minggu..

masih kisah raya.. bergader gader  dan makan makan…

 bahagia rasanya bila dapat berjumpa dengan kawan2 yang lama terpisah dek tuntutan kehidupan masing2… sesama kawan sekerja di bnm dan terpisah bila management menawarkan vss – volunteer separation scheme.. dan itulah kali terakhir kami dapat berkerja dibawah bumbung yang sama.. diantara waktu itu, ada jugak yang kami jumpa bergader2 tapi mostly memang susah nak jumpa ramai2 cenggini kan..

 terima kasih pada urusetia yang menganjurkan perjumpaan raya begini… perancangan yang memakan masa dan tq pada kecanggihan technology yang dapat merapatkan silatulrahim antara kami walaupun cuma dialam maya dan seterusnya perjumpaan raya yang bersejarah ini…

 walaupun ramai yang tak dapat bersama kali ini, tapi Alhamdulillah kehadiran dari seluruh malaysia, even dari sabah dan sarawak pun turun sama menjayakan perjumpaan ini. memang tabik spring lah pada kawan2 ni..

 4 of us from the same unit… ramai lagi yg tak dapat join…

 with en asben dan ex boses yang dulu sangat tegas, tapi baik hati… hihi

 sebahagian yang hadir diakhir perjumpaan. ramai yang dah balik masa ni, baru lah teringat nak bergambar ramai… ya lah lama tak jumpa kan, berborak hingga lupa nak amik gambar ramai2…

 banyak menu yang dihidang tapi tak dan nak amik gamba semuanya… sibuk membawang sampai lupa semuanya… menu raya dengan lontong dan dayang2 nya, lemang dan rendang, nasi minyak dan acar buah serta ayam masak merah dan fillet ikan sambal, dalca dan mixed vege pun ada. kambing bakar pun banyak berlebih..orang v ramai yg x makan kembing eh? kak rose memang tak makan kambing lah!

 buah2 dan dessert pun ada banyak macam.. pilih jer yang berkenan dihati.. air sejuk dan panas, air kosong pun ada gak..maklumlah mostly dah orang v, tak baik makan dan minum yang manis2 kan..

 cookies raya yang terbiar tak tersentuh… jemu dah agaknya semua kot..

hadiah lucky draw untuk suka2… masing2 bawak untuk bertukar hadiah as cenderamata… harga tak jadi persoalan, yang penting penyertaan dan the best hadiah, ada yang sponsor hadiah penginapan dipulau2 peranginan.. tahniah pada yang bertuah dan terima kasih pada kawan yg sponsor yang datang dari JB… terima kasih semua..

ep2p-2