Google Membuang Semua Aplikasi Daripada CooTek Di Play Store, Termasuk ‘TouchPal Keyboard’ – Amanz

CooTek adalah pembangun daripada China dan mereka mempunyai lebih dari 60 aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Play Store. Salah satu aplikasi mereka yang popular adalah aplikasi papan kekunci ‘TouchPal Keyboard-Cute Emoji,theme, sticker, GIFs. Aplikasi ini boleh dikatakan dipercayai ramai, tetapi baru-baru ini Google telah membuang kesemua aplikasi daripada CooTek di dalam Play Store.

Bukan itu sahaja, Google turut menghalang CooTek daripada mengiklankan produk mereka. Sebab Google membuang semuma aplikasi daripada CooTek ini adalah kerana, aplikasi-aplikasi CooTek ini mengandungi ‘BeiTaAd‘ – iaitu sejenis perisian iklan. ‘BeiTaAd’ ini akan memaparkan iklan yang mengganggu walaupun aplikasi daripada CooTek tidak dibuka. ‘BeiTaAd’ ini ditemui oleh Lookout, iaitu satu firma sekuriti.

Selain itu, pengguna-pengguna yang melanggan pelan premium aplikasi papan kekunci TouchPal turut diganggu dengan iklan. Pengguna-pengguna ini sudah pun membayar untuk pelan tanpa iklan, tetapi masih lagi diganggu dengan iklan. CooTek turut telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa mereka tidak bersalah dalam hal ini. Mereka juga mengatakan yang Google hanya menghalang dan membuang aplikasi-aplikasi mereka ini untuk sementara waktu sahaja dan masih berbincang dengan Google untuk kembalikan keadaan seperti biasa.

ep2p-5small