Doom Dan Doom II Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS – Amanz

Dunia permainan menembak pandang pertama pastinya berbeza jika Doom tidak dihasilkan pada tahun 1993. Permainan yang dibangunkan oleh id Software ini memberikan perspektif berbeza berbanding permainan yang hadir sebelumnya. Malahan antara permainan paling awal kami mainkan di PC ketika masih masih muda dahulu adalah Doom.

Bagi mereka yang ingin menikmati permainan klasik ini anda boleh memuat turun Doom dan Doom II edisi permua pada peranti Android serta iOS. Terdapat sembilan tahap baharu serta sokongan multi-pemain disertakan pada versi permua ini.

Di Play Store permua ditawarkan pada harga RM20.99 setiap satu. Di App Store pula permua ditawarkan pada hara RM19.90 setiap satu. Kini tibalah masa untuk kembali ke Marikh dan membunuh iblis durjana.

Muat turun aplikasi Doom dari Play Store

Muat turun aplikasi Doom II dari Play Store

Muat turun aplikasi Doom dari App Store

Muat turun aplikasi Doom II dari App Store

ep2p-2