Image result for Brazil 5-0 Peru -SAO PAULO: Pengendali Brazil, Tite memuji persembahan anak buahnya yang beraksi cemerlang membenam Peru 5-0 untuk meletakkan diri sebagai pendahulu Kumpulan A Copa Amerika sekali gus melangkah ke pusingan suku akhir di laman sendiri, awal pagi tadi.

Brazil diperlekeh peminatnya dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan – kemenangan 3-0 ke atas Bolivia dan seri 0-0 menentang Venezuela – tetapi sebaliknya berlaku di Sao Paulo apabila mereka kini mengesahkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan.

“Kami beraksi dengan kreatif, tepat, sangat cekap dan berkesan,” kata Tite.

Perlawanan itu “adalah antara yang terbaik” daripada aspek mengekalkan bola dan jentera pertahanan yang bagus sejak dia mengambil alih pasukan.

Bagi Tite, permulaan pantas Selecao yang meledak gol pada minit ke-12 menerusi Casemiro memberi impak berbeza berbanding dua perlawanan sebelumnya.




“Selepas kami menjaringkan gol pada babak pertama, kami perlu mengekalkan tempo. Kami mengekalkan pendekatan yang sama dan kami masih mencipta peluang di minit ke-47 babak kedua.”

Brazil mengesahkan kemenangan apabila Roberto Firmino dan Everton menjaringkan gol sebelum rehat.

Dani Alves menjaringkan gol di awal babak kedua sekali gus memberi tekanan tambahan kepada Peru, dan selepas Willian menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan, Gabriel Jesus memperoleh penalti pada minit kecederaan.

Penjaga gol Peru Pedro Gallese bagaimanapun menyelamatkan sepakan penalti Jesus. – AFP