VESA Mengumumkan DisplayPort 2.0 – 3x Lebih Pantas, Dijangka Hadir Pada Penghujung 2020 – Amanz

Video Electronics Standard Association (VESA) telah mengumumkan DisplayPort 2.0 iaitu piawaian baru yang dapat memberi bandwidth 3x lebih pantas berbanding DisplayPort 1.3/1.4. Piawaian ini dijangka dapat memenuhi permintaan pengguna dan industri pada saat ini, seperti kebolehan 8K, kadar segar semula yang lebih tinggi, bersama sokongan HDR.

Apabila sesebuah peranti penyokong piawaian ini, ia dapat memaparkan kandungan 8K @ 60Hz atau kandungan 16K yang telah dikecilkan (compressed). Piawaian ini juga dapat meningkatkan pengalaman tontonan HDR, melalui sokongan HDR10 dengan 30 bit per piksel.

Piawaian yang ada pada saat ini mempunyai raw bandwidth setinggi 32.4 Gbps dan effective bandwidth setinggi 25.92 Gbps. Bagi piawaian DisplayPort 2.0, ia dijangka akan mempunyai raw bandwidth setinggi 80 Gbps bersama effective bandwidth setinggi 77.37 Gbps.

Kesemua penaiktarafan DisplayPort ini dijangka akan ditawarkan melalui sambungan seperti Thunderbolt 3, USB-C, dan sambungan DisplayPort 2.0. VESA mensasarkan bahawa peranti yang menyokong piawaian terbaru ini dijangka akan hadir pada penghujung 2020.

ep2p-5small