Sempat tulis nota terakhir kepada isteri sebelum gantung diri – bazookapenaka.my

KUALA KRAI: Seorang lelaki sempat menulis nota terakhir kepada isterinya sebelum menggantung diri dengan tali di sebatang pokok rambutan di belakang rumahnya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.37 tengah hari, mangsa yang berusia 25 tahun ditemui mati oleh isterinya yang berusia 42 tahun, kira-kira 100 meter dari rumah mereka di kampung itu.


Dalam masa sama, turut ditemui satu nota di dalam poket baju mangsa yang dituju kepada isterinya berbunyi: “Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang. Assalamualaikum. Salam terakhir.”

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Dep Supt Wan Fauzi Wan Ishak berkata, hasil soal siasat, mendapati sebelum mangsa bunuh diri, dia sempat mengambil isterinya yang bekerja di hospital berhampiran pada jam 8 pagi.


Nota yang ditinggalkan. Foto PDRM

Nota yang ditinggalkan. Foto PDRM

Katanya, melalui keterangan yang diberikan, sebaik tiba di rumah, berlaku sedikit perbalahan di antara mereka, dipercayai kerana lelaki itu cemburu terhadap isterinya.

“Bagaimanapun, pada tengah hari, wanita itu melihat suaminya keluar dari rumah sambil memegang tali.

“Sebaik sahaja selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan dia menemui lelaki itu menggantung diri di belakang rumah,” kata Wan Fauzi ketika dihubungi.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

ep2p-5small