My Kuali: Iftar#27 satay kajang lagi..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 29

semakin hari semakin Ramadhan akan meninggalkan kita semua dan welcome Syawal.. kawan2 dah siap ker buat persediaan menyambutnya? ada yang dah bertolak balik kampung sementelah cuti sekolah pun dah bermula awal lagi kan… semuga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik buat semua… sebelum solat terawih, selalu tuan pengerusi mesjid mengingatkan untuk baca doa perjalanan sebelum memulakannya… yang penting keselamatan diperjalanan dan rumah yang ditinggalkan mesti dalam keadaan selamat. Insya Allah.. kita berusaha dan bertawakal, semuga Allah melindungi kita semua.

 dan menu berbuka kami semalam… hari kedua tanpa nasik dan kali kedua kami berbuka dengan satay kajang ni. senang kerja tukang masak kan..

 another pack of beef lasagna yang kena habiskan… dan bila dah makan yang ni, sate tu mampu makan dua cucuk dan dua ketul nasi impit jer semasa berbuka.. dan tiga cucuk lagi selepas terawih. memang separuh berbaki satay tu… tak per lah, boleh frozenkan, tak lah membazirkan.

 since buah cuma ada anggur merah dan hijau, kita buat desseert yang lain sikit lah.. agar2 santan gula merah untuk ganti buah yang tak sempat nak top up tu..

dan semalam dapat hamper ni… terima kasih pada yang memberi, semuga dimurahkan rezeki dan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

ep2p-5small