Kingrow K1 Mengumpulkan Dana Di Indiegogo – Telefon Dengan Paparan E-Ink, Bateri Bertahan Sehingga 2 Minggu – Amanz

Telefon dengan teknologi e-ink telah dipopularkan oleh Yotaphone, namun syarikat telefon tersebut diisytiharkan muflis pada April lalu. Namun teknologi paparan ini telah diteruskan kembali pada saat ini, menerusi perkenalan peranti Kingrow K1.

Peranti ini diperkenalkan menerusi laman Indiegogo pada beberapa hari yang lalu, dan kini telah berjaya meraih sebanyak $60,000 dana pada saat ini. Ia baru sahaja memasuki fasa prototaip dan dijangka akan memasuki fasa pemasaran apabila dana akhirnya berjaya dikumpul pada Ogos ini.

Peranti ini dilihat hadir dengan spesifikasi asas, yang mana sesuai untuk penggunaan bateri yang rendah. Ia dijana dengan cip MediaTek 6763, memori 2GB RAM, storan 16GB, dan menyertakan kebolehan dwi-sim dan kad mikroSD. Ia juga dilengkapi dengan sambungan USB-C, namun hanya dilengkapi dengan satu kamera utama.

Apa yang memfokuskan kepada peranti ini ialah paparan e-ink bersaiz 5.17-inci, yang membolehkan peranti ini menerima masa bertahan selama dua minggu untuk satu pengecasan. Dengannya, pengguna dapat menikmati pembacaan buku digital, dokumen, dan web yang disimpan tanpa perlu mengecasnya setiap hari.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, anda boleh menyumbang dana kepada peranti ini melalui halaman Indiegogo. Ia telah ditawarkan pada harga bermula $299 (~RM1,249.82) dan dijangka akan dihantar kepada pengguna bermula Ogos 2019.

ep2p-5small