iQiyi Ingin Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Video Ke Luar China – Amanz

Di China tiada perkhidmatan Netflix kerana mereka mempunyai iQiyi yang turut menawarkan penstriman filem dan siri TV. Menurut laporan Reuters, iQiyi kini mempunyai perancangan untuk menawarkan perkhidmatan mereka ke luar dari China kerana melihat permintaan yang tinggi untuk video berbahasa mandarin.

Pengumuman dilakukan oleh, Yang Xianghua, yang merupakan presiden bahagian langganan dan perniagaan antarabangsa iQiyi, Antara negara sasaran iQiyi ialah  Amerika Utara, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Sebelum ini kandungan iQiyi ditawarkan pada platfrom Netflix untuk pengguna di luar China. Namun begitu kontrak di antara kedua-dua platform telah tamat pada September 2018.

Langkah yang diambil iQiyi ini tidak mengejutkan kerana pada tahun 2018, perkhidmatan penstriman mencatatkan 613.3 juta langganan di peringkat global. Buat pertama kali perkhidmatan penstriman menjadi melangkaui pelanggan TV kabel dan satelit berbayar. Pada waktu ini iQiyi mempunyai 100 juta pelanggan berbayar. Malahan dua minggu lalu iQiyi menandatangani perjanjian dengan Astro untuk menawarkan kandungan eksklusif pada perkhidmatan Astro Go.

ep2p-5small