Iftar#28 nasi goreng pun boleh lah..

Asalamualaikum dan salam akhir Ramadhan

semakin sampai ke penghujung bulan mulia ini..

semuga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah.

 dan berbuka semalam kak rose buat nasi goreng jer… ni kes masak nasi petang sebelumnya tu memang tak termakan bila dah ade sate dan juga lasagna. daripada membazir en asben request buat nasi goreng jer. lagi lah mudah kerja tukang masak ni… tak perlu nak sediakan lauk2 segala kan. semua sayur taruk dalam tu, dan taruk udang banyak2… laju kak rose makan walau dah pukul sepuluh malam..

 udang beso2 kak rose masuk dalam nasi goreng, dan udang kecik2 ni kak rose goreng crispy guna tepung bistari yang pedas tu tapi kak rose campur dengan sedikit tepung gandum, jadi tak la pedas sangat… baru kak rose boleh dengan happynya. makan dengan nasik goreng tu, rangup krup krap.. suka buat camni kalau beli udang kertas ni, tapi yang tak bestnya masa nak siang tu. memang bercinta!

 ha… stok buah dah penuh fridge… anggur merah, murcott orange, tembikai, jambu batu dan mangga… tu lah kalau en asben yang pilih untuk beli buah.. macam nak bukak kedai dibuatnya. tapi kak rose suka jer kalau ade stok buah yang banyak…

 since ada banyak udang, en asben nak makan cucur udang dengan sayuran ni… bubuh udang  yang dicincang kasar kasar dalam cucur ni…cicah pulak dengan home made cili sos memang sangat ngam lah.. tapi masa bukak puasa tu kak rose cuma makan 2 biji jer sebab buat pun gedabak2 saiznya.. kenyang perut dengan buah dan air teh o kurang manis tu… Alhamdulillah dengan rezeki Allah dibulan mulia ini.

ep2p-5small