Rakyat Malaysia tanggung kenaikan kos sara hidup kerana gaji Penjawat Awam


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan gaji “terang-terangan” bagi penjawat awam adalah antara punca kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Itu penjelasan beliau ketika menjawab mengenai pengurangan kakitangan awam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), semasa tempoh soal jawab Menteri di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa, setiap kenaikan gaji yang berlaku untuk penjawat awam akan diikuti oleh sektor swasta, dan ia adalah tidak baik untuk negara.

“Kami mendapati bahawa peningkatan gaji pegawai awam adalah antara faktor peningkatan kos sara hidup.

“Apabila kerajaan kenaikan gaji (penjawat awam), sektor swasta turut bergabung dan kosnya meningkat,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal Malay Mail.

“Walaupun kita mengakui bahawa kenaikan gaji itu disambut baik oleh semua penjawat awam, perlu diperhatikan bahawa ia mesti seiring dengan peningkatan produktiviti,” tegas beliau.

Oleh yang demikian, amalan kerajaan terdahulu dalam memberi gaji yang tinggi kepada penjawat awam sehingga puluhan ribu ringgit yang menyamai swasta akan dihapuskan.

Menurut Dr Mahathir, penjawat awam bukan sahaja menerima gaji yang terlampau tinggi malah ‘khidmat’ mereka sebenarnya tidak diperlukan.

“Kerajaan terdahulu yang baru sahaja hilang kuasa sebelum ini telah menubuhkan bermacam-macam badan dengan memberikan gaji cukup besar, kononnya gaji itu perlu sama taraf dengan swasta.

“Ini yang menyebabkan kos meningkat. Semua ini akan kita hapuskan, (gaji) mereka bukan sahaja tinggi malah sebenarnya khidmat mereka tidak diperlukan. Kononnya mereka akan memperbaiki keadaan ekonomi negara.

“Tetapi sebenarnya eknomi negara tidak dapat apa-apa kesan baik daripada tindakan mereka. Badan-badan akan kita hapuskan. Juga ada dalam kerajaan, kerja-kerja yang mampu dilakukan oleh seorang tetapi digajikan tiga orang pula. Kita boleh buat kerja yang sama dengan bilangan yang lebih sedikit.

“Ini juga sebenarnya salah satu amalan pengurusan yang telah diamalkan oleh pihak swasta selama ini. Ini juga satu alasan untuk tambah jawatan dengan memberikan pekerjaan kepada ahli parti. Ini bukan cara kita,” katanya.

ep2p-5small