Image result for K. Devan PJ CityKemenangan ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Sabtu lalu, membuktikan Petaling Jaya City FC bukan lagi pasukan belasahan.

Pengendalinya, K. Devan, lega dengan kejayaan anak buahnya menamatkan rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah itu menerusi kemenangan 2-0.


“Dengan kehadiran dua pemain import baru, kami bertambah baik daripada segi kecergasan permainan dan kecergasan fizikal.

“Saya yakin, pasukan ini akan bertambah baik dalam pusingan kedua (Liga Super),” katanya



Kemunculan dua pemain import baru, Washington Brandao dan Pedro Oliveira Gios, benar-benar membuatkan pertahanan Pahang terkedu apabila Gios turut menyumbangkan gol dalam penampilan pertamanya itu.

Kehadiran dua tonggak baru di bahagian serangan itu turut menyaksikan bekas penyerang negara, Safee Sali, sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Buat masa ini, kami hanya mahu menumpukan kepada usaha untuk keluar daripada kelompok bawahan.

“Selepas itu, kami akan melihat dahulu kedudukan kami untuk terus meningkatkan pasukan,” tambahnya.