My Kuali: Iftar#7 yg simple2 jer..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 8..

 Menu iftar kami berdua yang simple2 jer.. tapi buah kena ada lah, mangga emas hitam dan apple merah yang crunchy. dan makan lah buah dulu sebelum makan yang lain. yang pasti sebelum makan buah dah secawan nescafe o kurang manis kak rose dah minum. selalunya kak rose minum teh o suam, tapi kali ni nak minum nescafe lak…satu jug beso pun boleh habis minum sorang2… pergi terawih bawak bekal air kosong pulak. memang banyak minum lah kak rose ni…

 bubur kacang durian ni kak rose buat awal2 dan taruk durian banyak2… pekat pulak jadinya dek durian tu. apa pun dah selamat kena ngap!

 goreng jugak tempura dan fries ni… tapi sampai ke sahur pun tak terhabis walaupun cuma banyak ni… maafkan daku ya

lepas balik dari terawih barulah goreng nasik ni, so dapatlah makan panas2. petang tu dah siapkan semua bahan dan tinggal nak gedebum jer semuanya… sekejap je dah boleh lah menikmatinya… walaupun dah pukul 10 malam, tapi nak jugak makan nasik. wahai weighing scale, janganlah dikau asik berada diangka asal seperti sebelum puasa tu..

combination yang sangat odd dan weird!.. telor mata kicap makan dengan nasik goreng? tak kisahlah sebab terpandangkan lauk2 yang lalu kat wall fb, layankan jer lah tekak yang rasa nak makan kan… Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan…

ep2p-5small