My Kuali: Iftar#20 munjung di kampung

 Alhamdulillah… dapat meneruskan tradisi yang arwah emak dan bapa buat masa hayatnya… munjung juadah berbuka kepada jiran2 dan saudara mara kat kampung. walaupun sekarang tak de sapa dah yang tinggal di rumah kampung peninggalan arwah, tapi kami adik beradik berkumpul dirumah adik dan sediakan semuanya untuk munjng tu… 30 packs nasi ayam berempah bersama dengan dayang2nya.

 seawal pagi kak rose bertolah dari shah alam terus kerumah adik dan
sambung masak2 pulak… selesai semua lebih kurang jam tiga petang.
terus bahagikan tugas drebar ke destinasi memasing. denagn lima buah kereta kami gerak serentak… kak rose pilih untuk ke kampung dan adik2 dan abang pulak untuk saudara mara yang berada dimerata kampung..

 nasik ayam seperiuk beso.. adik ipar yang tukang masak ni… dan dia memang tukang masak masa kenduri kendara kat kampung rumah mak dulu…

 sebahagian ayam berempah yang masih menunggu giliran untuk masuk kuali..

 yang ni bahagian kak rose, masak cili sos dan siap packing untuk nasi ayam tu..

 lepas tu pack goodies pulak.. tempeyek, air kotak, sepeket memasing gula dan tepung..

 yang ni untuk satu drebar hantar ke berbagai destinasi… asingkan siap2 supaya senang drebar nak singgah yang mana dulu kan…

 kain batik yang kak rose beli untuk goodies bag makcik2 adik arwah mak dan bapa…

 dan tahun ni kak rose berdua jer dengan en asben menghantar punjungan ker rumah2 dikampung… sianak kena jadi derebar pak long nya untuk kerumah sedara mara yang berada dimerata kampung.. ni rumah pertama yang kak rose singgah..Alhamdulillah.. dipermudahkan bila semua yang kak rose kunjungi ada orang dirumah…

 dan balik rumah, dah hampir masa berbuka… air sedap macam2 ade taruh oleh anak buah yang kat kampung.. kak rose cuma beli 5 kotak large pan pizza dan juga satu jug beso air tebu pure punya untuk berbuka.  balik rumah baru masukkan ice. kak rose tak pernak minum air sejuk masa berbuka pun laju jer dengan air ni semua. dan adik2 memasing balik munjung dengan bermacam2 kuih dan air jugak… air kelapa, air khatira tapi kak rose tetap juga dengan teh o nya dan lepas tu baru minum air sejuk..

esok paginya sebelum gerak balik semula ke shah alam… tempat abadi arwah emak bapa ni yang pasti dikunjungi… bersihkan, sental semua dinding, cabut rumput dikelilingnya dan nampak bersihlah rumah abadi mak bapa. doa yang tak pernah putus dari kami semua, semuag tenang disana…. Al-Fatihah.

ep2p-2