My Kuali: Iftar#18 mangga dari kampung

Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan

 Alhamdulillah masih diberikan rezeki untuk meneruskan ibadah di siang hari dan malam2 nya dibulan mulia ini.. Alhamdulillah semalam juga grup ngaji kami dah khatam tadarus. dan petang semalam kami berbuka dengan mangga yang en asben bawak balik dari kampung… besar sungguh sebiji2 nya.. dan sepiring ni baru separuh dari sebiji tu. dan mil bagi sampai 5 biji buah mangga ni… memang mewah dengan buah mangga lah masa bulan pusa ni! terima kasih mek.

dan bila banyak buah lain selain mangga juga, maka beli pisang cavendish ni pun tak termakan lah jawapnya.. sudahnya jadilah cekodok untuk kami berbuka petang semalam.. sweet n gebus cekodok ni.

 buat lagi kerabu ni… sayur simple n nice.. since ada baki kelapa yang dah sangai dan bahan lain pun ada, mudah lah kerja kan..

masak asam pedas seekor ikan kerisi beso gedabak ni.. cukup untuk kami berdua. untuk sianak hari2 pun nak ayam goreng. ikutkan saja lah.. senang keja tukang masak!

ep2p-5small