My Kuali: Iftar#16 Kuih kaswi

Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran buat semua..

 selamat bercuti kepada yang menyambut hari Nuzul Quran hari ini, pasti ramai yang bawak keluarga pergi shopping raya kan.. entah lah tahun ni tak de terasa macam nak raya jer buat kami… dah tujuhbelas puasa cookies pun tak terpikir nak buat lagi..lagi pun masih bz dengan aktiviti tadarus dan setiap hari selasa dan rabu ade kuliah petang di mesjid. since semalam dan hari ni memang hari yang pack, jadi kuih kaswi ni awal pagi kak rose dah siapkan, petang tu tinggal nak mekapkan dengan kelapa jer. tak lah kelamkabut sangat nnti kan..

 balik dari tadarus tu dapat jugak siapkan cendol tepung beras permintaan en asben ni.. tapi tak nak makan dengan santan dan gula melaka, cumanya kak rose rebuskan air gula dan letak buah kabung dalam tu.. makan semangkuk ni dan sebiji kuih kaswi tu pun dah kenyang sangat.

 buah buah yang sentiasa meriah… ade tembikai merah dan kuning dan juga pisang cavendish.

 first time tapau jer lauk untuk dinner kami… kari ayam dari cafe di SK

 rendang daging ni pun tapau jer… en asben sorang jer yang makan nasik lepas terawih tu

no nasik untuk kak rose. order tuna panini untuk gantikan nasik, tapi malangnya kenapa lah hitam legam panininya. order dua pack, dua2 pun legam gak… wahai encik tukang masak, ko mengantuk ke masa bakar panini tu atau salah set timer hingga hitam kelam dibuatnya 😕😞

ep2p-2