My Kuali: Cucur jagung manis

menu berbuka simple kami..

 cucur jagung manis yang kak rose buat untuk menu berbuka petang semalam… sebenarnya petang sebelum tu ade beli jagung manis pebret yang dah siap rebus tu kat pasar malam, tapi kalau dah nama g pasar malam, popoia tu mesti beli gak, jadi jagung ni tak termakan lah sudahnya… so dari terbiar kita buat cekodok untuk berbuka pun ok gak kan.. tak kuasa nak jemputkan kecik kecik, guna senduk gulai, jadi lah gedabak cucur kak rose ni. walaupun dah manis, tetap jugak nak ciciah dengan sambal kicap jawa tu…

Bahannya :-


– 2 tongkol jagung yg siap rebus


-2 1/2 cawan tepung gandum


– 2cawan air 


– 1/2 sudu kecil garam


– 4 sudu besar gula


– Minyak utk menggoreng




Caranya :-


1. Hiris isi jagung dari batangnya, masukan dalam bekas , kemudian masukan tepung ,garam, gula dan air, kacau hingga sebati.


2. Biarkan dalam 10 minit, kemudian jemput kecil adunan dan goreng didalam minyak yg panas.


3. Bila dah keperangan boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.


4. Kemudian alihkan dalam pinggan. Siap utk dihidangkan

ep2p-5small